CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

mysELf!!

My photo
mohd rahmat ramli ym : amat680@yahoo.com.my

Saturday, February 28, 2009

~aku~


ni la ak mse x dop balak lg,, junior la tu...

skang ni da adew satu balak.. senior cket wuhuuu


tag frOm piKOk

1. if u could spend RM1 in 5 minute,what would u spend on?
- beli donut la......

2. what is most favourite thing to do?
- dengar lagu..

3. what kinds of news u read?
- Kontroversi Pertandingan Namakan Proton Exora..

4. what r u doing rite now?
- jwb tag lor weyhh..huhu

5. is there someone in ur heart rite now?
- ....adelaaa..

6. do u believe u can survive without money?
- not sure.. lg kan ulat dlm batu bley cari makan, inikan kita erk.~~

7. do u know ur BMI??
- yup

8. what do u feel doing rite now?
- skit blakng...

9. if there's someone who u love, do u confess him/her?
- absolutely nope!!malu eh..hehe

10. list out 3 good points of the person who tagged u?
- ntahhhhhhhh... p tlng abang

11. what is the thing that make u thing she is kind?
- tlng

12. what is the thing that make u think she is bad?
- nothing lor..xdpt pk..

13. are u left-handed or right-handed?
-righ-handed la
14. if u had to eat something in rest of ur life, what would it be?
- mee kuah... lame da x mkn... asyik mkn nsi ikan goreng je kat cni mlm2..huwaaaa.

15. if u had to choice to be rich or happy, which would u choose?
- ak nk  hepy... bila kaye blum tntu hepy.. tp bla hepy leh jd kaya...
16. if u have a chance, which part of ur character u would like to change?
- pendendam........

17. who is the people u can share ur problem wit?
- myheart n family

18. makan or tdo??
- mstila mkn , knyg2 bru bez nk tdow

19. what is the one thing u love about urself..
- susah marah orang, tp bla da mrah, abes laa.....

20. antara kekasih dan parents...mana korg dahulukan n mengapa?
- absolutely my parents lor sbb ak knlayah ibu ak sjak lahir....... byk pengorbanan mereka kat ak..... still ingt lg smua tu,,,,,,,,,,,,, even mase tu ak msh kecik

Monday, February 2, 2009

Kenapa lelaki cepat berubah?

CONTOH :

MASA NAK NGORAT : macam2 janji ditabur....ayat yg biasa didengar "i janji i tak kan wat macam tu, i tak kan kecewakan u macam ner eX u wat" 

MULA COUPLE : kalo merajuk di pujuk sampai hilang merajuk tu...yat yg biasa didengar "lagi tak dengar suara u ketawa i tak senang hati":p 


SETAHUN COUPLE : mula r buat hal, tak sibuk dengan kijer sibuk dengan kawan2...ayat yg biasa didengar "u kena faham kijer i macam ner" " i call u pas lik umah nanti i kat luar nie gah makan dengan kawan2....bantai lak balik umah kui 3 4 pagi...kes naya lah nak tunggu:mad: 


BERTAHUN2 COUPLE : lagi lah bertambah2 wat hal...kalo merajuk dah tak pujuk dah.............ayat yg biasa didengar "ikut suka hati u lah nak wat per" "u nie sikit2 merajuk lantak u lah"

fuhhhhhhhh

Lelaki VS Perempuan

Kajian Menarik terbaru..

Lelaki:
1. Pandu ke bank, parking dan berjalan ke mesin ATM
2. Masukkan card
3. Tekan number PIN dan jumlah yang dikehendaki
4. Ambil duit, card dan receipt



Wanita:
1. Pandu ke bank
2. Matikan enjin kereta
3. Perhatikan makeup di muka melalui cermin pemandu
4. Semburkan minyak wangi
5. Sikat rambut dan berjalan ke mesin ATM
6. Mencari Kad ATM di dalam beg tangan
7. Masukkan kad ATM
8. Mencari nombor PIN ATm dekat celah penyepit rambut dalam beg tangan
9. Tekan nombor PIN
10. Membaca arahan ATM selama hampir 2 minit
11. Tekan "Batal"
12. Tekan sekali lagi nombor PIN
13. Tekan "Batal" sekali lagi
14. Telefon suami atau pakwe untuk bertanya nombor PIN yang betul
15. Tekan nombor PIN yang betul dan periksa baki duit yang tinggal
16. Masukkan jumlah yang dikehendaki
17. Tekan "Salah"
18. Masukkan jumlah yang agak besar
19. Tekan "Salah" sekali lagi
20. Masukkan jumlah yang lagi besar
21. Keluarkan dan amik duit dari mesin ATM
22. Masuk ke dalam kereta
23. Periksa makeup di muka sekali lagi
24. Mencari kunci kereta dalam beg tangan
25. Hidupkan enjin kereta
26. Jalankan kereta.
27. Berhenti tiba-tiba
28. Pergi balik ke mesin ATM
29. Ambil Kad yang tertinggal dan resit.
30. Masuk kembali ke kereta
31. Letakkan kad ATM di atas Dashboard
32. Buang resit atas jalan
33. Tengok dekat cermin pemandu
34. Perika makeup sekali lagi
35. Membetul-betulkan rambut
36. Masukkan gear kereta untuk reverse (undur)
37. Brake mengejut lagi
38. Masukkan gear kereta ke depan sebab tersilap tadi
39. Memandu lebih kurang 3 km
40. Baru teringat nak lepaskan hand brake.. 
 

Sunday, January 4, 2009

aku penat

penat pindah..................

Thursday, June 12, 2008

aku punye pendapat!

fuhh.....! aku pun semakin naik pening dan hairan dengan pemerintahan malaysia.
selepas PRU 12 , CAM MACAM perkara dah jadi dalam negara kita. dari isu minyak nyer sampailah ke perkara yg meleret.
aku pun tak paham nape negara kita tak leh nak kawal harga minyak dalam negara sendiri. padahal kita punya bekalan minyak sendiri, lebih-lebih lagi dengan mutu minyak kita. memang betul tindakan kerajaan mengeksport minyak bermutu, untuk dapat keuntungan yang lebih bagi petronas dan menggunakan kualiti minyak yg kurang dalam negara. tapi, kenapa kerajaan masih tidak dapat membalas jasa rakyat dengan mengawal harga minyak. tahulah petronas untung banyak hasil penjualan kinyak, tapi ke mana duit itu kerajaan gunakan untuk kepentingan rakyat. padahal, minyak yang ada dalam negara ini milik rakyat! aku malas nak huraikan dan bandingkan harga minyak dalam negara dengan negara-negara lain,.........
dari isu tu lak, dengan pemecatan tan sri sanusi junid daripada presiden UIAM. mungkin pak lah telah takut akan pemerintahan beliau kerana pengumuman sanusi untukm keluar UMNO seperti yang dibuat tun mahathir........
adakah bijak tindakan itu, yg mencampur adukkan isu politik dengan pendidikan negara kita yg bertaraf antarabangsa........
entahlah aku pun tak paham dengan permainan politik mereka.... apa-apa pun aku akan memprotes kenaikan harga minyak ni........

Wednesday, June 11, 2008

masalah minyak.............

Hujah pemimpin negara yang membodohkan rakyat
Ustaz Idris Haji Ahmad
Tue | Jun 10, 08 | 11:07:35 am MYT

1.Harga minyak terpaksa dinaikkan ekoran harga minyak di peringkat antarabangsa melambung tinggi.



Kenapa pula Malaysia perlu sakit. Sedangkan Malaysia negara pengeluar minyak bukan pengimport minyak.

Kalau harga minyak dunia naik maka negara kita akan bertambah kaya. Analogi yang lain, kalau kita ada dusun durian, tentu kita dan keluarga gembira kerana harga buah durian mahal.

Anak kita boleh makan dengan puas dan kita pula boleh dapat wang banyak. Tetapi pemimpin BN-Umno pula pelik apabila harga minyak dunia naik, rakyat pula menderita terutama mereka yang berpendapatan rendah.

2.Harga minyak kita lebih murah jika hendak dibanding dengan negara Asean yang lain.

Jangan banding dengan Thailand, Indonesia. Perlu banding dengan Brunai kerana harga minyak di negaranya RM1.20 seliter.

Buah Oren dengan epal tidak boleh buat perbandingan. Perlu dingat juga, walaupun Indonesia, Thailand minyaknya mahal, tetapi barang keperluan harian dan pakaian serta barang yang sudah siap murah seperti makanan, pakaian, alat perabot semuanya murah.

Di negara kita semuanya mahal daripada minyak sampai kepada keperluan yang lain. Yang murah hanya maruah pemimpin Umno-BN sahaja.

3. Minyak di Singapura lebih mahal daripada Malaysia.

Singapura bukan negara pengeluar minyak.

Tambahan pula pendapatan rakyatnya tinggi, contohnya pencuci lantai gaji hampir RM2000 ringgit di Malaysia, hanya RM600. Begitu juga pengangkutan awam antara yang terbaik di dunia, di Negara Malaysia Hadhari paling teruk.

Di negaranya tol hanya dikenakan waktu tertentu sahaja, sedangkan di Malaysia siang malam, 'non stop'.

4. Wang subsidi petrol RM56 bilion akan digunakan untuk pembangunan. Kita hendak tanya ke mana wang subsidi ini akan pergi.

Adakah hendak belanja untuk Monsun Cup yang menghabiskan wang rakyat RM 250 juta, Formula 1 yang berapa kerat rakyat yang mampu hendak menonton. Sedangkan belanja untuk Formula 1, tahun 2004-RM98.4 juta, tahun 2005-RM110.7j, 2006-RM121.8j, 2007-130.5j.

Belanja konduktor Malaysian Philharmonic Orchestra sebanyak RM3.5 juta sebulan yang diambil daripada wang Petronas. Apakah ini yang dimaksudkan untuk pembangunan.

Ketika minyak naik 30 sen kerajaan mengumumkan RM4 bilion subsidi akan digunakan untuk memperbaiki pengangkutan awam. Kita tidak nampak pengangkutan awam bertambah baik malahan makin teruk.

5. Ucapan lidah bercabang pemimpin negara, kesian rakyat kerana minyak naik. Ucapan hanya hendak menyejuk hati rakyat.

Kalau mereka kesian kepada rakyat mereka mesti memikirkan masalah rakyat. Pak Menteri tidak kisah elaun dan gaji hampir RM56 ribu sebulan. Minyak naik RM5 seliter pun mereka tidak kisah.

6. Pemimpin Umno-BN berkempen supaya beli barang murah.

Kita hendak tanya kedai mana ada jual barang murah. Kalau ada barang keperluan yang murah boleh dibeli di pejabat Umno baguslah.

7. Hendak ambil tindakan kepada peniaga yang jual barang mahal.

Pemimpin Umno/BN kata jual dengan harga lama masih untung. Mana ada peniaga hendak jual barang murah kalau modal sudah mahal.

Kalau minyak naik, semua barang akan naik, kerana barang bukan bawa dengan beca roda tiga.

Persatuan Lori sudah mengumumkan bahawa mereka akan naik tambang kos pengangkutan 35 peratus. Kerana lori 10 tan dulu hanya perlu untuk minyak RM3000 sebulan sudah mencecah naik kepada RM5000.

8. Kenyataan pemimpin Umno yang hendak membodohkan rakyat supaya jangan marah apabila minyak naik.

"Kita bimbang sekiranya minyak murah rakyat tak cermat dan minyak akan kurang,"kata Perdana Menteri.

"Belanja secara berhemah,"kata Datin Rosmah Mansur.

"Ubah gaya hidup...membazir Islam marah,"kata Dato' Seri Najib.

Datuk Seri Shahidan Kasim sewaktu minyak naik 30 sen dulu dia suruh pegawai kerajaan naik basikal.

Saya hendak cadangkan supaya pemimpin Umno-BN ambil cermin suluh muka baru boleh nasihat rakyat.

Inilah rupa pemimpin yang memerintah negara kita hari ini. Ya Allah selamatkanlah negara.